Profil

Profil Sekolah
Sekolah Keb.Guar Jentik


Sebuah sekolah yang beroperasi pada Januari 2002. Sekolah ini dibina bagi menggantikan Sekolah Dato Ariffin Md Nam,Tasoh yang dijadikan Pusat Kokurikulum Negeri Perlis. Sekolah ini adalah rekabentuk baru.Didirikan atas sebidang tanah seluas 5.9 hektar dengan bercirikan “SEKOLAH BESTARI”. Bangunan cantik dan mempunyai bilik yang lengkap. Hadapannya ialah Empangan Timah Tasoh. Sekolah ini juga dikenali dengan nama Sek.Keb.Bukit Kedak bersempena geran tapak asal sebelum dipindahkan ketapak sekarang di Guar Jentik. Sekolah ini lebih popular dengan nama Sek.Keb.Guar Jentik. Bagaimanapun semua urusan berkaitan kewangan mengguna nama SK Bukit Kedak.
Mula beroperasi pada 4 Januari 2002. Guru Besarnya En.Abd.Aziz BinĀ Ismail (Guru Besar SK Dato Ariffin Md Nam,Tasoh). Seramai 12 tenaga pengajar, seorang pembantu tadbir,seorang pembantu am rendah,tiga perkerja rendah awam bertugas disekolah ini pada tahun 2002.Kebanyakannya kakitangan SK Dato Ariffin Md Nam,Tasoh. Pada tahun 2003, 2004,2005 pelajar menjadi lebih 290 orang dan 24 orang guru. Pada tahun 2006,2007 pelajar makin berkurangan. Enrolmen murid 2009 hanya 249 orang termasuk murid tadika.

Nama Sekolah

Nama Sekolah

Ia juga dikenali dengan nama SK Bukit Kedak.

Sekolah 8

%d bloggers like this: