Ke Bangkok,Cheng Mai,Cheng Rai

BANGKOK, CHENG MAI, CHENG RAI
THAILAND DISEMBER 2004


Kemuncak Program Kem Integrasi bersama sekolah-sekolah di Thailand 2004. Pada hari Rabu 1.12.2004 lebih 20 orang guru dan pekerja dibawa melancong ke Thailand.Program ini anjuran guru Thailand, Wilayah Satun.Tambang adalah percuma.Bawa duit poket untuk belanja sahaja. Tempoh lawatan selama 8 hari 7 malam. Pada 1.12.2004 bertolak dari Sk Guar  Jentik ke sempadan melalui pintu masuk Wang Kelian. Menaiki bas di  Wan Pracan jam 9.00 pagi melalui lebuhraya tanpa tol .Jam 2.00 pagi tiba di Bandaraya Bangkok, makan malam dan menginap di Pusat Islam,Bangkok.Pagi 2.12.2004 melawat ke sekolah rendah diutara Bangkok. Balik semula ke Pusat Islam. Kemudian melawat dan membeli belah di Bandaraya Bangkok.Malam dibawa ke Sungai Menam Chaopraya. Makan malam di atas kapal pelancong sebelum belayar sepanjang sungai selama tiga jam.11.00 malam pulang menginap di Pusat IslamJumaat 3.12.2009 melawat Muzium di Bangkok dan pulang solat Jumaat di Pusat Islam. Petang meneruskan perjalanan ke Chengmai. Singgah melawat pusat membuat payung dan kraftangan, melawat telaga air panas Chengmai.Malam menginap di asrama universiti di Chengmai.Cuaca di Chengmai amat sejuk macam ais,menggigil…5.12.2004 sampai di Chengrai..menginap  di The International Hotel. 9.00 malam keluar membeli belah di bandar Mesai. 6.12.2004 membeli belah di Masai, sempadan Burma. Banyak batu cincin cantik dan murah. Bertolak pulang dari Chengrai ke Wang sempadan.30 jam perjalanan (1800 kilometer).

Masa inilah hubungan staf menjadi macam keluarga.Masing-masing dapat menghilangkan tekanan semasa bekerja.
Waktu malam di Bangkok, rombongan dibawa  menaiki kapal pelancong merentasi sungai Menam Chao Praya yang sangat luas. Sebelum kapal bertolak , makanan dihidangkan dan menjamu selera. Kapal ini besar dan panjang. Perjalanan pergi balik selama 3 jam. Pemandangan malam yang amat menarik.

 

 

 

Ikuti link berikut untuk gambar-gambar selengkapnya……
Tengok lagi…

%d bloggers like this: